Ketika darjah 4 dan 6 gua ditempatkan di blok kayu ini tapi kini ianya di gantikan dengan blok yang lebih moden dan selesa.
Ketika zaman bersekolah dulu gua bukanlah seorang murid yang bagus dalam akademik,antara smart-slow learning gua ni jenis yang duduk di tengah-tengah malahan untuk dalam kategori itu pun gua bukanlah yang ranking top-ten,lebih kepada yang 10 yang tercorot.Begitulah pencapaian akademik gua kalau sesiapa nak tahu tapi adakah gua rasa menyesal kerana tidak bersungguh dan tekun selama 11 tahun bersekolah ?,setiap orang akan dihargai dengan setiap jalan hidup yang dia pilih,ini jawapan gua untuk pertanyaan macam tu....
Emak gua agak rigid dengan hal-hal akademik gua manakala arwah ayah, gua nampak jenis yang 'lantak ko la nak jadi apa salkan jangan jadi jahanam sudahlah',itulah yang gua nampak tapi ada satu part yang memang start dari zaman bersekolah sehingga sekarang ianya still di hati dan gua akan lakukan dengan sepenuh hati gua iaitu sukan.
Adalah sorang cikgu ini ketika gua darjah 3dia dah nampak kecenderungan gua tu dan apabila gua masuk darjah 4 dia terus offer gua pergi selection untuk bola sepak sekolah dalam tahun 1994 kalau tak silap,walaupun sekadar menjadi reserve punyalah gembira sampaikan tidur pun boleh boot melekat di kaki.Masuk je darjah 5 gua terus di angkat menjadi regular player dan berkembang menjadi keyplayer,time tu member-member yang lain nampak gua ni memang orang kesayangan si cikgu ini tapi sebenarnya disebabkan kepercayaan yang di berikan itu yang membuatkan gua memang terasa nak melakukannya dengan sepenuh hati gua,satu lagi bab-bab sukan sekolah je si cikgu ini akan cari gua untuk attention gua punya kesukaan tapi kalau bab akademik haram dia tak melibatkan gua tapi baguslah macam tu sebab maybe di tahu gua ni memang tak into sangat,buat naik darah cikgu bolehlah kot.
Apabila gua masuk secondry school si cikgu ini still follow-up gua dan ketika tingkatan 1 dan 2 sekali lagi gua di panggil untuk selection peringkat daerah di mana apabila gua turun untuk training si cikgu ini juga yang menunggu di padang,time tu pulak untuk sekolah gua hanya gua seorang saja yang di panggil ,yang kelakarnya dah 1 minggu dia tunggu untuk gua turun training sampaikan 1 hari sebelum tourment berlangsung dia sendiri datang jumpa gua bertanyakan why gua tak turun training,rupa-rupanya pesanan yang si cikgu kirim pada kenalannya untuk di beritahu kepada gua lupa untuk di sampaikan,malam tu si cikgu datang sendiri ke rumah gua untuk me minta kebenaran arwah ayah nak bawa gua pergi main bola esok pagi ,arwah ayah gua ni pulak bab-bab main bola memang tak minat tapi kalau bab tengok bola memang dalam kategori gila jugalah.
Sepanjang tourment tersebut walaupun daerah gua iaitu Dungun tidak berjaya pergi jauh tapi gua bermain dengan hati yang berani,bersemangat dan berseri-seri tambahan pula apabila dalam satu game tu gua terpandang di sebelah si cikgu arwah ayah gua ada sama untuk memberi support , satu moment yang tak dapat gua lupakan sehinga kini dan akhir hayat gua rasanya.
Sempena hari guru inilah secebis ingatan gua terhadap seorang guru yang sedkit sebanyak membentuk diri dan direction gua sekarang,kalaulah gua ni kaya-raya mahu rasanya gua berikan kepada si cikgu duit,emas dan berlian untuk membalas jasa tapi adakah itu yang diharapkan si cikgu apabila first time menemui gua?.
Cikgu yang baik adalah cikgu yang mampu mengenal potensi seorang murid.
Terima kasih cikgu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan