Selasa, 15 Mei 2012

Finally ---------- Off Season

Semenjak diperkenalkan 20 tahun lepas season kali ini begitu sengit apabila 2 team dari wilayah Manchester berkongsi mata dalam penentuan menjadi champion dengan City yang advantage 4 gol menjadikan mereka kelab ke-5 yang menjadi champion.Kun Aguero membuktikan beliau adalah pembelian yang tepat untuk City begitu juga dengan David Silva dan Yaya Toure yang berjaya mengerakkan setiap game City ,cuma satu je gua bangkang kalau ada yang berkata City champion tahun ini di sebabkan Balotelli!.



 Akhirnya Mourinho ada jawapan untuk setiap persoalan yang dikemukan Barcelona.Kemenangan dalam Classico kedua di Nou Camp adalah turning point mereka untuk kejuaraan tahun ini manakala Barca yang ada 7 game draw membuatkan mereka kerugian di situ.Adakah Barca sudah mula merosot?gua rasa maybe sedikit tertapi ada ketika dan masanya Barca adalah sebuah team yang boleh di kalahkan tapi season kali ini mereka tidak berakhir dengan totally loser kerana mereka ada medal kejuaraan kelab dunia
.


Ac Milan bermula perlahan di awal musim sedangkan  The Old Lady sudah menunjukakan prestasi seperti juara malahan untuk sepanjang season kali ini position mereka tidak pernah turun dari 3 teratas.Coach mereka Antonio Conte bolehlah diibaratkan Guordiola untuk Barca seolah-olah berjaya menghidupkan kembali gergasi yang sedang tertidur dalam scene bola sepak eropah,kalau itu tidak cukup untuk dikagumi,dia berjaya membawa Juventus menjadi champion untuk 38 game tanpa kalah!.


Tengah gua asyik memikirkan kehebatan liga-liga utama dunia terdetik dalam hati gua untuk survey perkembangan liga tempatan kita.Di sebelah standing untuk jangkamasa sekarang dengan skuad dari seberang tambak menjadi leader tapi gua ada satu tanda  soal yang besar dalam kepala,kenapalah agaknya dorang boleh bermain sampai 3 game over dari team lain  manakala flow liga pula boleh rest sampai seminggu lebih yang kemudianya boleh bertukar menjadi 2-3 game dalam seminggu!


* Selepas ini analisis untuk Euro pula menjadi highlight ,sementara itu souvenir  Euro di sini  begitu  menggiurkan dompet duit gua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan