Khamis, 26 Julai 2012

IKON: Tele Santana




  Gua tak lahir lagi ketika Samba dan skuad Selecao menawan dan mempesonakan peminat bola sepak dunia tertapi dengan kemudahan internet dan Youtube hari ini memang menjadi priority gua untuk explore  imej-imej dari World Cup 1982,1986 dan 1990,extra pula ayah saudara gua selalu bercerita akan kehebatan dalam tourment WC 1983 terutamanya  kerana kualiti permainan dan player yang begitu baik dan menarik.Gua pernah terbaca satu artikel dalam internet WC 1982 adalah yang terbaik compare dengan 18 versi yang sudah dan memberi banyak memorable kepada peminat dan Tele Santana antara  tokoh yang muncul,mewarnai dan  tersohor di ketika itu.Gua pula tiap kali tengok susuk fizikal Socrates sampai hari ini  memang terasa pelik sangat sebabnya gua rasa dia ni lagi sesuai main sukan lompat tinggi atau pun lompat jauh tertapi sebaliknya menjadi antara playmaker bola sepak antara yang terterer(DBP jangan marah dengan ayat gua ni).


 Dalam koleksi gua ada game antara Brazil menentang Argentina yang ketika itu adalah juara bertahan di second round yang berkesudahan Brazil yang di bawah kendalian Tele Santana menang dengan 3-1.Satu rival terbaik yang pernah gua saksikan kerana di atas kertas 2 team ini adalah lawan yang setara kuat dan reputasinya extra pula Argentina yang turut di sertai seorang anak muda yang 4 tahun  kemudiannya di takdirkan akan menawan bola sepak dunia dengan bakat dan kecerdikannya tapi dalam game ni Maradona di buang padang selepas menyepak dengan keras perut Falcao.Skuad Selecao tahun 1982 ini  boleh dikatakan antara  skuad terbaik yang pernah di saksikan bola sepak  dunia dan  begitu juga yang terbaik  pernah Brazil produce tapi jikalah mereka berjaya menjadi champion di WC 1982 pasti ianya akan menjadi reference dan fairy tale yang takkan di lupakan semua peminat.
Kalau nak lagi detail nikmatilah video kat atas  ni dan jika ada yang merasa begitu takjub dengan setiap movement dan gol yang di jaringkan gua nak ingatkan  minit 5.22 adalah segala-galanya untuk posting gua kali ini!.

* Barca dan Guordiola adalah versi duplicate Selecao 1982 dan Tele santana.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan