Ahad, 29 Julai 2012

Olimpik London 2012 Ceremony


Lu dapat Gold medal gua yang akan jadi waiting  first kat airport.





Apa yang boleh di katakan dengan open ceremony Olimpik London semalam,bagi gua dah macam nak extra satu lagi seven wonders of the world pulak.Dengar cerita kos untuk ceremony sahaja dah nak cecah 30 juta pound dan di koordinasi dengan baik oleh  Danny Boyle seperti satu theather  berskala besar yang dapat di saksikan oleh 80,000 orang yang berada di dalam stadium dan ratusan juta yang lain di kaca televisyen.London semestinya mahu lebih hebat dari ceremony untuk edisi-edisi Olimpik yang sebelum ini  dan bagi gua dorang gua anggap 'berjaya' sebabnya menyediakan satu live set  untuk  Arctic Monkeys(he..he), serius cakap memang hebat dan tersangatlah calourful 3 jam tengok membawak ke time sahur memang terpukau dibuatnya.



Tapi bagi  gua la  ketika detik nyalaan obor tiba,untuk edisi 4 tahun lepas di Beijing gua rasa lebih hebat kerana obornya yang di letakkan  di bumbung stadium tapi totally untuk edisi kali ini terbaik jugalah.Satu lagi yang gua tak berapa puas hati ketika  athlete parade,sampai turn negara kita yang benderanya di pegang oleh Pandelela Rinong gua ingat dalam 20 second je image yang di paparkan,adakah ini petanda sekali lagi kita akan pulang dengan kekecewaan.
Apabila menonoton ceremony semalam juga buat gua terfikir bilalah agaknya negara kita mampu untuk menganjurkannya.Walaupun Komanwel 1998 berlangsung dengan jayanya begitu juga pernah  menjadi home ground beberapa kali edisi sukan Sea gua rasa Olimpik still bukan dalam jangkaun kita kerana salah satu kriteria terpenting Olimpik adalah budaya sukan yang tinggi di sesebuah negara tersebut.Negara kita boleh ke di kategorikan negara yang kuat dengan budaya sukannya?,kuat apabila di paksa adalah.

* Azizulhasni budak kampung gua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan